Pengenalan
U.n.i DENTAL ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, servis berpatutan dan hubungan komuniti yang berhemah kepada masyarakat. “U.n.i” adalah singkatan kepada “You and I” yang melambangkan suatu bentuk kata nama kepercayaan dari pihak pelanggan/pesakit kepada pemberi servis kesihatan/doktor yang bertanggungjwab. Akronim ini amat mesra kepada ingatan dan sebutan pelanggan/pesakit dan mempunyai nilai unik yang tersendiri.
U.n.i DENTAL merupakan rangkaian klinik pergigian yang mempunyai spesifikasi yang seragam mengikut piawaian dan mempunyai ciri-ciri permodenan dari segi struktur binaan dan sistem jaringan informasi pesakit. Pesakit boleh mendapatkan akses perubatan di seluruh Malaysia dan rangkaian maklumat boleh diakses di semua rangkaian U.n.i DENTAL. Oleh yang demikian, U.n.i DENTAL akan berkembang menjadi sebuah jaringan pusat perubatan swasta yang akan memacu pembangunan budaya hidup sihat kepada organisasi dan masyarakat serata Malaysia.